Total Tayangan Halaman

Minggu, 01 Mei 2011

Contoh Karangan Bahasa Indonesia

GEJALA MEROKOK DALAM KALANGAN REMAJA
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak
dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah
membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.
Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam
kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006. 

Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.

1 komentar:

Dika Widiansyah mengatakan...

pendek amat bro ..?

Posting Komentar